Make your own free website on Tripod.com
         
 
 
 

 

 
Ucapan Guru Besar

 

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulillah, saya amat bersyukur ke hadrat Allah subhanahu wataala kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, laman web Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19 buat julung kalinya dapat dilancarkan dan dilayari oleh Ibubapa, guru-guru dan pelajar.

Saya merasa amat sukacita dan berbangga di atas usaha-usaha yang dilaksanakan oleh guru-guru dan kakitangan untuk sama-sama mewujudkan laman web ini. Bermula dengan mengumpul dana melalui program jogathon, sebuah makmal komputer telah diwujudkan bagi memudahkan murid-murid mempelajari komputer, selain daripada prasarana yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Berikutan dengan kepesatan teknologi dan era globalisasi, SRAI seksyen 19 berusaha maju setapak dengan memberi kemudahan pendidikan kepada murid-murid sejajar dengan kehendak dan matlamat Kementerian Pendidikan dan Negara.

Justeru, setelah pelbagai usaha dibuat maka laman web ini dilancarkan dengan tujuan memberi pendedahan dan maklumat kepada umum mengenai Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19 Shah Alam di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Sementara itu, para guru, ibu bapa dan seluruh masyarakat semuanya berganding bahu dan bekerjasama memantapkan dengan memperkasakan lagi kecemerlangan sekolah ini, bukan sahaja dari segi akademik, tetapi juga dari segi jasmani, emosi dan rohani. Oleh itu, penglibatan sekolah seiring dengan kemajuan teknologi akan mengharumkan lagi nama SRAI 19 serta menghasilkan imej yang unggul dan cemerlang.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih dan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan laman web SRAI 19 sama ada secara langsung atau sebaliknya. Diharapkan dengan adanya laman web ini akan memberi banyak informasi dan kemudahan kepada semua.

Sekian, Wassalam.

Mohammed Misman bin Juraimi (PJK)

Guru Besar SRAI 19, Shah Alam    

 

 

 

 
     
pengenalan srai 19 kemudahan pendaftaran HEM informasi
srai19sa@hotmail.com