Make your own free website on Tripod.com
         
 
 
 

 

 
Pengertian Logo Sekolah

BIRU     : MELAMBANGKAN PERPADUAN DAN KERJASAMA DIANTARA PENDIDIK DAN PELAJAR

 

HIJAU   : MELAMBANGKAN AGAMA ISLAM YANG MENJADI TERAS KEIMANAN DAN KETAQWAAN

 

MERAH : BERANI MENEMPUH PELBAGAI CABARAN DAN RINTANGAN DALAM MENIMBA ILMU

 

PUTIH   : SEBAGAI LAMBANG KESUCIAN DAN KEMURNIAN DALAM MEMBENTUK PERIBADI     MUSLIM SEJATI 

Bendera Sekolah

 

Piagam Pelanggan

1.  Menjadikan generasi ummah yang menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai sumber rujukan dan ikatan dalam setiap urusan duniawi dan ukhrawi.

2.  Mewujudkan bi'ah yang kondusif serta menggalakkan kepada perjalanan idea dan ilmu.

3.  Menjalinkan hubungan yang harmonis dengan ibu bapa dan seluruh lapisen masyarakat.

4.  Berusaha tanpa jemu untuk memperkembangkan, mempertingkatkan dan menyebarkan ilmu dan agama Allah di muka bumi.

 

 

Visi Sekolah

Bertekad dan berazam menjadi SRA (I) yang berjaya mentarbiyah ummah mengamalkan ilmu Allah dengan nilai-nilai murni bertunjangkan al-Quran dan as-Sunnah dengan penuh kesungguhan dan memanfaatkan segala sumber yang ada bersesuaian dengan bi'ah dan iklim setempat bagi menjayakan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan JAIS.

 

Misi Sekolah

Untuk mencapai kecemerlangan duniawi dan ukhrawi melalui al-Quran dan as-Sunnah dengan mewujudkan bi'ah pembelajaran yang kondusif dan mempamerkan komitmen yang jitu kepada kualiti. 

 

Motto Sekolah

Motto : "Ilmu, Amal dan Taqwa"

 

Ikrar Pelajar

"Maka kami, murid-murid, Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19,

berikrar, akan taat kepada Allah, Rasul, kedua ibu bapa kami,

dan guru-guru kami. Kami berjanji dan mematuhi dan menjalankan, segala

arahan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Kami berazam akan menjadikan ilmu itu sebagai asas menuju kejayaan.

Kami berazam akan menjadi pembela agama, bangsa dan negara.

Mudah-mudahan kami diselamatkan di dunia, dan di akhirat."

 

 
     
pengenalan srai 19 kemudahan pendaftaran HEM informasi
srai19sa@hotmail.com