Make your own free website on Tripod.com
         
 
 
 
 
 

 

 

Maklumat Pengambilan Pelajar Sek. Ren.  Agama Integrasi Negeri Selangor 2003

 

1.  Borang Ujian Kelayakan Masuk Sek. Ren. Agama Integrasi Negeri Selangor bagi sesi persekolahan tahun 2004 mula dibuka pada setiap 1 April 2003 hingga 30 April 2003 dan boleh didapati di pejabat sekolah.

2.  Borang tersebut hanya layak diisi oleh calon yang lahir pada tahun 1997 sahaja.

3. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan sebelum atau pada 30 April 2003 ke pejabat sekolah. Borang yang tidak lengkap dan dihantar lewat dari tarikh tersebut tidak akan diterima.

4.  Ujian Kelayakan Masuk akan diadakan pada 2 Jun 2003 (isnin) dari jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi.

5.  Soalan-soalan Ujian Kelayakan Masuk diadakan secara bertulis meliputi asas bagi matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Jawi dan Matematik.

6.  Keputusan Ujian bagi yang berjaya dan gagal akan dipamerkan di papan kenyataan dan juga dipos mengikut alamat yang dicatat pada sampul surat yang disertakan bersama-sama Borang Ujian Kelayakan Masuk mulai 23 Jun 2003. Keputusan adalah muktamad.

7.  Pengesahan bagi calon-calon yang berjaya hendaklah dibuat sepanjang bulan Julai, iaitu dari 1 Julai hingga 31 Julai 2003. Semasa membuat pengesahan, ibubapa dikehendaki membawa bersama surat beranak asal dan kad daftar.

8.  Sekiranya tuan/puan gagal membuat pengesahan dalam tempoh tersebut, tanpa sebarang maklumat, pendaftaran dianggap batal.

9.  Hari Suaikenal murid tahun satu 2004 akan diadakan pada 30 Disember 2003 (Selasa) dari jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi.

10.  Calon yang layak wajib mengambil Pakej Makan Tengahari dan tiada sebarang pengecualian melainkan daripada surat doktor.

11.  Calon-calon yang tidak layak menduduki Ujian Kelayakan Masuk Tahun Satu sessi persekolahan tahun 2004 adalah seperti berikut :

   a. Tiada mengisi Borang Ujian Kelayakan Masuk

    b.  Menghantar borang lewat dari tarikh yang ditetapkan.

    c.  Borang yang dihantar tidak lengkap.

    d.  Masalah kecuaian, lalai, lupa dan sebagainya.

    e.  Calon yang lahir bukan pada tahun 1997.

 

12.   Sila pastikan tuan/puan mendapat Kad Daftar Masuk Ujian sewaktu memulangkan Borang Ujian Kelayakan Masuk dan sila bawa bersama kad tersebut semasa mengikuti ujian dan serahkan kepada pengawas peperiksaan. Alatulis dan pensil warna hendaklah dibawa bersama ketika mengikuti ujian.

 

 

 

 
     
pengenalan srai 19 kemudahan pendaftaran HEM informasi
srai19sa@hotmail.com