Kerajaan Negeri Selangor Darul
Ehsan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam STANCO
dan mesyuarat Jawatankuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah
bersetuju melaksanakan Sekolah Rendah Agama Integasi yang menggabungkan
dua kurikulum, iaitu kurikulum Sek. Ren. Agama dan Kurikulum KBSR
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kedua-duanya digabung dan dilaksanakan
di Sek. Ren. Agama di mana murid-murid akan belajar mulai jam 7.40
pagi hingga 4.30 petang. Proses pembelajaran akan disepadukan bagi
kedua-dua kurikulum tersebut.
Jabatan tidak akan membuka darjah
satu aliran agama biasa di Sek. Ren. Agama yang dipilih untuk program
Sek. Ren. Agama Integrasi. Ibubapa hendaklah mendaftarkan anak-anak
mereka di Sek.Ren. Agama yang lain jika ingin memilih darjah satu
aliran agama biasa.
|