Make your own free website on Tripod.com
         
 
 

 

 
Pengenalan

Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam STANCO dan mesyuarat Jawatankuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah bersetuju melaksanakan Sekolah Rendah Agama Integasi yang menggabungkan dua kurikulum, iaitu kurikulum Sek. Ren. Agama dan Kurikulum KBSR Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kedua-duanya digabung dan dilaksanakan di Sek. Ren. Agama di mana murid-murid akan belajar mulai jam 7.40 pagi hingga 4.30 petang. Proses pembelajaran akan disepadukan bagi kedua-dua kurikulum tersebut.

Jabatan tidak akan membuka darjah satu aliran agama biasa di Sek. Ren. Agama yang dipilih untuk program Sek. Ren. Agama Integrasi. Ibubapa hendaklah mendaftarkan anak-anak mereka di Sek.Ren. Agama yang lain jika ingin memilih darjah satu aliran agama biasa.

 

Objektif

1.  Bagi mengukuhkan Pendidikan Agama dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara.

2.  Memantapkan sistem Pendidikan Agama untuk memenuhi kehendak semasa.

3.  Untuk memenuhi kehendak masyarakat yang berminat tentang Pendidikan Agama yang lebih    lengkap.

 

 

 

 

 

 

 
     
pengenalan srai 19 kemudahan pendaftaran HEM informasi
srai19sa@hotmail.com